Wednesday, March 14, 2012

Minyak Wangi Kasturi Syifa'


wangian kasturi putih yg ditilawahkan 30 JUZUK AL-QURAN ,diruqyah dengan ayat ayat ruqyah,DOA SYIFA',almathurat,almuawwizat,ASMA UL HUSNA,selawat tafrijiyyah dan lain2 lagi..pelbagai kegunaannya sebagai protection dari gangguan manusia,syaitan,jin dan pelbagai lagi. Malah MENCANTIKKAN AURA TUBUH BADAN. Kasturi ini pemakainya jin kafir tak suka,malaikat suka,org soleh suka. banyak kelebihannya pada rohani kita.

~ Perisai diri dari pelbagai niat buruk orang terhadap kita
~ Perisai tempat kediaman, kerja, perniagaan dan sebagainya,
~ Ketenangan jiwa,release stress
~ Mencerdaskan akal dan mencetuskan aura positif,
~ Menangani masalah anak,
~ Menghindarkan perasaan gemuruh dan gementar,
~ Menghindarkan perasaan takut diganggu waktu malam dan sebagainya.
~ Menghindarkan dari gangguan mahkluk halus, jin dan sebagainya,
~ Doa perlindungan untuk ke tempat-tempat yang 'keras',
~ Doa perlindungan diri dari disihirkan orang dan sebagainya
~ Pelbagai hajat diri dengan izin Allah. InsyaAllah.
Mempunyai 3 jenis bau

1 botol: RM35 shj

Utk tempahan dan sebarang pertanyaan sila emel pd sy : prefectsmtg@yahoo.com

Wednesday, April 13, 2011


Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-norma nya dan menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi RabbNya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut,kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutanNya,
maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.

Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.


Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu.
Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia,
namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung,
iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.